Powered By Blogger

Monday 28 November 2011

Nasihat Daripada Orang Yg Cinta Al -Quran




Wahai Manusia!!!!
Hendaklah engkau semua membaca Al-quran sebanyak mungkin yg engkau mampu dalam sehari.....
Jikalau engkau tidak mampu....
Bacalah 1 juzuk dalam sehari....
Jikalau engkau tidak mampu.....
Bacalah setengah juzuk dalam sehari....
Jikalau engkau tidak mampu.....
Bacalah sehelai(dua muka surat) dalam sehari.....
Jikalau engkau tidak mampu .....
Bacalah satu muka surat dalam sehari.....
Jikalau engkau tidak mampu.....
Bacalah separuh muka surat dalam sehari.....
Jikalau engkau tidak mampu.....
Bacalah satu ayat atau baris dalam sehari....
Jikalau engkau tidak mampu juga....
PANDANGLAH AL-QURAN DAN BERDOALAH KEPADA ALLAH S.W.T AGAR DIBERIKAN KEKUATAN DAN HIDAYAH UNTUK MEMBACA NYA PADA SUATU HARI NANTI.....
SEMOGA DI AKHIRAT KELAK KITA TIDAK AKAN DIDAKWA OLEH AL-QURAN.....

Wednesday 23 November 2011

There is one thing we can do better than anyone......
WE CAN BE OURSELVES.....

Tuesday 15 November 2011

Syukur dengan Nikmat Allah S.W.T

Assalamualaikum.........

Kebahagian,Kesihatan tubuh badan,Kekayaan,Kecantikan,Kecerdikan,dan semua benda yang dapat membuatkan kita bahagia......

Adakah kita tahu atau ingat bahawa perkara diatas  datang dari siapa???jelas ternyata ianya datang dari Tuhan yang Maha Pemurah iaitu ALLAH S.W.T....

Tetapi!!!kenapa Allah memberikan kita semua nikmat yang begitu banyak sehingga kita merasakan di dunia ini kitalah yang paling bertuah.......itu sebenarnya satu ujian buat kita sebagai hamba-Nya !!!!Dia mahu menguji kita adakah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan atau kita melupakan siapa yang sebenarnya yang mengurniakan nikmat-nikmat tersebut...Oleh itu marilah kita sama-sama bersyurkur kepada-Nya agar kita dapat menjadi hamba-Nya yang termasuk dalam golongan orang yang bersyukur...

   Dan ingatlah,jikalau kita bersyukur Insyaallah Allah akan mengandakan nikmat yang sedia ada dengan berlipat kali ganda...tetapi jikalau kita melupakan semua itu.........
fikir-fikirkan lah.....

Friday 11 November 2011

MENGUBATI HATI YANG LUKA.  
     

Salam bahagia, salam sejahtera dan salam ceria.  
        Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana. 
        Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsi  oleh pakar.  


1.Latih Minda 

     Melupakan Kenangan Pahit.  Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.  
       Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.  

2.Buang Sikap Risau. 

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.  Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.  Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.  

 3.Belajar Rajin Bersyukur
.  
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunyai handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.  

4.Belajar Menjadi Pemaaf.

  Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.  

5.Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
  
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...  

6.Ubah Fikiran.
  
        Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.  
     Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.  
      Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?  
    Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. 

7.Hati Mesti “Keras”. 

    Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. 
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
   Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. 
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.  
      Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.  Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda.  
     
    Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Thursday 10 November 2011

Wanita Idaman Lelaki



Hari ini saya akan menggariskan 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.. kita mulakan ciri-ciri ini dengan : 

 1. Berpegang Kepada Agama 

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.  
2. Kecantikan Dalaman  
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.  Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.  
3. Manja  
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.  
4. Pandai Menjaga Kecantikan  
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.  
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.  
6. Tidak Mempamer Keseksian  
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.    
7. Tidak cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..  
8. Memahami Lelaki  
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.  
9. Sejuk Mata Memandang  
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia...
  • Bersopan satun 
  • Sentiasa memansikan wajah 
  • Sentiasa senyum 
  • Menutup aurat
  •  Ramah dan mesra 
  • Tidak terlalu cemburu 
  • Menghormati orang lain.
      Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat pada Anda dan menjadi pengukur dalam peribadi Anda dan pasangan masing-masing.
  
     Satu lagi tips....sebelum tidur, , nilai diri kita,kelebihan dan kekurangan serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.  
   
      Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan!!!!

Hudud @ undang sivil alternatif bagi non-muslim

 Assalmualaikum.. Isu hudud merupakan isu semasa yg menjd tajuk dunia politik malaysia la ni. Saya sbgai seorg muslim menyokong penuh 100% pelaksanaan hudud di Malaysia.   Non-muslim tidak perlu takut dgn pelaksanaan hudud ini (sekiranya dilaksanakan) krn rakyat non-muslim boleh memilih sama ada mahu memilih hudud atau undang2 sivil.   Yg m'jd masalah skrg ialah muslim sendiri yg menolak pelaksanaan hukum Allah ini. Awak siapa nak tolak hukum Allah? Apa hebat sgt undg2 yg awk buat smpai jenayah mkin byk la ni? xfaham saya.. kenapa takut sgt dgn hudud kalau awak xbuat salah.. hanya org yg buat salah saja takut dgn undang2 hudud.. Hanya Allah yg tau apa niat mereka sbnrnya.  Dalil d'bwh sy copy dr http://penahijaukuning.wordpress.com/2010/05/03/dalil-hudud/


-al- Maidah: 44 “Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia               adalah dari kalangan orang kafir“.
-al-Maidah: 45 “Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia     adalah dari kalangan orang zalim“
-al-Maidah: 47 “Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia adalah dari kalangan orang fasiq“ Siapa kita untuk menolak hukumNya?


Pilihlah golongan mana yang anda mahu, sama ada mengikut orang yang menolak hukum Allah atau diri sendiri tidak mahu melaksanakannya…...

Wednesday 9 November 2011

Kenapa Yer????



 aku pom xtau  ape dah jadi ngan aku.....
tetibe jer rase nak buat 'blog' nie....
tapi xpe lar..mane lar tau best ke!!!
orang kata "x knl maka x cinta"....
ermmm....agak2 best kot...

Telur



JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.  Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya.

Inilah Taubatku....

Ya Allah,pada waktu ini ku gunakan untuk bertaubat kepada-Mu...
diatas segala dosa kesalahan yang telah hamba lakukan....
Ya Rabbi,hamba pelaku maksiat berdoa kepada-Mu dalam keadaan hina dan rendah diri....
moga-moga dosa dan taubat ini diterima dan diampunkan oleh-MU.....
Ya Rahman,Ya Rahim,walaupun ku tahu bahawa dosa ku ini sebanyak buih di laut.....
setinggi gunung di daratan,dan juga seperti banyaknya pasir di tepian pantai..... 
tetap ku tadahkan tangan ini,memohon keampunan dari-MU....
kerna ku tahu bahawa Engkaulah Allah yang Maha Menerima Taubat dari hamba2-Mu...

Ya Allah,Ya Fatah,Ya Alim,Ya Kabir,Ya Ghafar,Ya Qahar.....
tetap kanlah hati ini didalam agama-MU.....
kuatkanlah imam yang sentiasa goyah ini......
tambahkanlah rasa taqwa kepada-Mu....
tambahkanlah rasa kebencian terhadap musuh2-MU....

AMINNNNNNNNNNN...........

Ya Allah!!!aku mengadu kepada-MU

disaat diri ini dalam kesusahan.....
tiada tempat untuk mengadu.....
hilang arah tujuan......
kusut akal fikiran......
barulah lahir didalam hati ini.....
MENGINGATI MU YA ALLAH.....
betapa lupa diri ini kepada-MU.....\
apabila ditimpa musibah atau bala...
barulah aku mengingati-MU.....
AMPUNKANLAH HAMBAMU YANG PELUPA INI......

setiap manusia itu.......

setiap manusia itu mempunyai kekurangan.....
setiap manusia mempunyai kesalahan......
setiap manusia mempunyai dosa.....
setiap manusia tidak sempurna......
OLEH ITU......
terimalah seseorang itu seadanya......